top of page

Japinan Rewang Malam Pengantin

Semua penggiat zapin dijemput hadir!

"Japinan: Rewang Malam Pengantin" ini dianjurkan oleh Persatuan Zapin Muar Johor (PERZIM) untuk meraikan majlis pernikahan pasangan Suraiha dan Hafizi. Ia akan berlangsung pada:

​

 

Acara ini menampilkan Main Zapin sebagai persembahan utama dalam suasana tradisional, menghidupkan semula semangat "rewang" yang sinonim dengan masyarakat Melayu. Tujuannya adalah untuk mengeratkan hubungan komuniti melalui aktiviti seni budaya.

​

Turut menjemput tuan/puan untuk hadir ialah En. Wan Arifin bin Sabran dan Pn. Surayah binti Khayan, selaku ibu dan bapa saudara kepada pasangan pengantin.

​​

Tentatif Program:

​9.00 pagi – 1.00 tengah hari: Rewang persiapan makanan dan minuman untuk majlis pernikahan dan acara zapin.

1.00 tengah hari – 2.00 petang: Makan tengah hari, rehat, dan solat.

2.00 petang – 5.00 petang: Rewang persiapan tempat untuk majlis pernikahan dan acara zapin.

5.00 petang – 7.00 malam: Rewang Zapin (Sesi 1).

7.00 malam – 8.00 malam: Ketibaan tetamu jemputan dan rombongan pengantin lelaki.

8.00 malam – 8.45 malam: Majlis pernikahan.

8.45 malam – 9.00 malam: Bacaan doa dan selawat.

9.00 malam – 11.30 malam: Persembahan silat, persembahan Zapin pengantin, dan main zapin oleh semua tetamu.

11.30 malam: Penutup.

​

Untuk maklumat lanjut atau RSVP, boleh klik pada link acara atau hubungi nombor telefon/e-mel yang disediakan dalam poster. 

Klik Register Now untuk mengesahkan kehadiran anda!

Japinan Rewang Malam Pengantin
Japinan Rewang Malam Pengantin
24 Jan 2025, 8:30 pm
Kampung Sri Dalam, Parit Jawa
bottom of page