PERSATUAN ZAPIN MUAR JOHOR (PERZIM)
(PPM-032-01-09082022)
Persatuan Zapin Muar Johor (PERZIM) adalah persatuan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (Registrar of Society).
Sejarah Penubuhan PERZIM
Penulis: Hafzan Zannie bin Hamza | 28 Oktober 2022
​
Idea asal untuk menubuhkan sebuah persatuan yang memelihara zapin di daerah Muar telah dicetuskan dan dibincangkan sekian lama oleh Encik Salimi Mohd Shah (Pengasas Kumpulan Muzik Zapin Kencana Sari & Pengerusi PERZIM-kini) bersama-sama dengan Encik Mohd. Iskandar Shah bin Abdullah (Pengerusi AJK Penaja PERZIM & Timbalan Pengerusi PERZIM-kini). Sungguhpun begitu, idea tersebut dipendamkan dan tiada tindakan susulan dibuat berikutan pelbagai kekangan termasuk jumlah ahli yang belum mencukupi untuk membentuk sebuah persatuan.
​
Pada 20 Mei 2022, Encik Hafzan Zannie bin Hamza (Penasihat merangkap Bendahari PERZIM-kini) telah menyampaikan idea beliau untuk menubuhkan sebuah persatuan yang dipanggil "Persatuan Zapin Muar" kepada Mohd. Iskandar Shah bin Abdullah setelah menonton Program Pesta Bulan Mengambang anjuran Persatuan Jawa Parit Bugis Muar (PJPBM) di Parit Bugis, Muar Johor. Cetusan idea ini telah dibincangkan secara lanjut oleh Saudara Iskandar bersama-sama dengan Encik Salimi Mohd Shah dan Prof. Dr. Mohd Anis Md Nor (pengkaji zapin) untuk mendapatkan pandangan dan saranan mereka. Setelah itu, Iskandar memberanikan diri menggalas tanggungjawab untuk mengumpulkan individu yang berminat dan menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Penaja PERZIM.
​
Mesyuarat Jawatankuasa Penaja PERZIM telah dianjurkan pada 29 Mei 2022, 8.30 malam, bertempat di Homestay Masnom binti Haron, Parit Nombor 4, Jalan Parit Yusof, Muar, Johor. Seramai 19 orang ahli mesyuarat yang hadir telah bersepakat untuk menubuhkan dan mendaftarkan persatuan, meluluskan perlembagaan (secara dasar), dan seterusnya melantik AJK Penaja PERZIM untuk tujuan pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (R.O.S). Selain itu, mesyuarat turut bersetuju melantik Saudara Hafzan Zannie bin Hamza sebagai penasihat untuk membimbing AJK Penaja dalam urusan pendaftaran pertubuhan. AJK Penaja PERZIM yang telah dilantik adalah:
​
-
Pengerusi - ENCIK MOHD ISKANDAR SHAH BIN ABDULLAH
-
Timbalan Pengerusi - ENCIK MUHAMAD HAIZAL BIN SUPIAN
-
Setiausaha - PUAN WAN SHAFAZILA BTE WAN ARIFIN
-
Penolong Setiausaha - PUAN NUR IRWANI BINTI ABIDIN
-
Bendahari - ENCIK MOHD ZAMRI BIN KANDOR
-
AJK Biasa - ENCIK ZAINUDDIN BIN JUMINGAN
-
AJK Biasa - ENCIK WAN ARIFIN BIN SABRAN
​
Pendaftaran PERZIM telah diluluskan pada 9 Ogos 2022 dengan sekali percubaan, dan diluluskan dengan butiran seperti berikut:
Nama pertubuhan: Persatuan Zapin Muar Johor (PERZIM)
Nombor pendaftaran: (PPM-032-01-09082022)
Alamat: No. 27-7 Jalan Sri Temenggung 16, Taman Sri Temenggung, Jalan Temenggung Ahmad, 84000, Muar, Johor.
Perlembagaan pertubuhan: Download perlembagaan PERZIM
​
Pada 1 Oktober 2022, Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama telah dianjurkan di kampung Sungai Balang Besar. Ahli Jawatankuasa baharu telah dilantik untuk menerajui persatuan selama dua tahun (2022-2024). AJK baharu yang telah dilantik adalah:
​
-
Pengerusi - ENCIK MOHD SALIMI BIN SHAH
-
Timbalan Pengerusi - ENCIK MOHD ISKANDAR SHAH BIN ABDULLAH
-
Setiausaha - PUAN WAN SHAFAZILA BTE WAN ARIFIN
-
Penolong Setiausaha - DR. MOHAMAD YASSER BIN ISHAK
-
Bendahari - ENCIK HAFZAN ZANNIE BIN HAMZA
-
AJK Biasa - ENCIK MD BAHRUDDIN BIN AHMAD
-
AJK Biasa - ENCIK NORLI BIN BASIRON
​
Logo PERZIM
Rekaan asal:
Puan Aszurah binti Abdullah
(Guru di Sekolah Menengah Sains Muar, Ledang, Johor)
Rekaletak huruf:
Dr. Fara Dayana binti Mohd Jufri
(Pensyarah kanan di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris)
Keterangan Logo
Penulis: Hafzan Zannie bin Hamza | 28 Oktober 2022
Logo Persatuan Zapin Muar Johor adalah merupakan gabungan elemen tipografi perkataan ‘zapin’ dan ilustrasi yang menjalin imej ‘laras gambus seludang’ serta ‘lelaki bersongkok’ yang melambangkan kesepaduan di antara budaya bermain tari dan muzik zapin dengan pemain zapin di Negeri Johor.
​
Tipografi ‘Zapin’
Budaya tari zapin adalah sangat sinonim dengan orang di daerah Muar, Johor sehingga ia mampu merentasi bangsa dan agama. Perkataan ‘Zapin’ dijalinkan di dalam logo persatuan untuk menzahirkan teras tujuan persatuan yang berhasrat memperjuang, memelihara dan melestari Zapin Muar. Warna kelabu pada huruf ‘Z’ merupakan keseimbangan gabungan dua warna asas hitam dan putih yang mencerminkan komitmen persatuan dalam menyeimbangkan keperluan memelihara dan mempromosikan zapin di rantau ini.
Ilustrasi ‘laras gambus seludang’ dan ‘lelaki bersongkok’
Keistimewaan logo zapin muar adalah terletak pada olahan imej rupa manusia yg memakai songkok tinggi yang sangat sinonim dengan penari lelaki tarian zapin. Imej songkok tinggi dan laras gambus di belakangnya adalah simbolik untuk mewakili tarian zapin, terutamanya zapin di negeri Johor. Ini berikutan keterkaitannya dengan sejarah zapin dahulunya dibawa oleh pedagang arab ke Tanah Melayu yang hanya dimainkan oleh kaum lelaki.